Gambar Hari raya 2011...@ kuala besut...
MyFamily
Friday, September 2, 2011
Thursday, January 27, 2011
SESI PENTAULIAHAN PALAPES-UKM 2000
UKM 2000
Pentauliahan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) pada tahun 2000 telah diadakan di UKM,Bangi...kami menjalani latihan perbarisan selama hampir sebulan untuk memastikan perbarisan tamat latihan sempurna dan alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.
Selepas ditauliahkan oleh YDPA...pada masa itu..kini kami semua bergelar Lt M(TUDM)...hehe cam besar la kalau duduk kat PALAPES UUM tapi bila turun kat KEPALA BATAS...macam anak bilis sahaja...huhu sungguh mengharukan....
Kini BatC pun dah lama mati....bersaralah aku dari dunia PALAPES....
Friday, January 21, 2011
HARI PERKAHWINAN 2002
KENANGAN MAJLIS PERKAHWINAN
02 OGOS 2002
Saat yang tak mungkin luput dari ingatan buat selama-lamanya..Saat bergelar seorang SUAMI..
Terima kasih kepada isteriku kerana sudi menerima segala kekurangan diri ini dan menerimaku sebagai suamimu...
Banyak rintangan dan dugaan yang terpaksa dilalui untuk sampai ke hari ini...semoga ikatan yang terbina ini akan diberkati olehNya dan akan berkekalan kebahagiaan buat selama-lamanya.
02 OGOS 2002
Saat yang tak mungkin luput dari ingatan buat selama-lamanya..Saat bergelar seorang SUAMI..
Terima kasih kepada isteriku kerana sudi menerima segala kekurangan diri ini dan menerimaku sebagai suamimu...
Banyak rintangan dan dugaan yang terpaksa dilalui untuk sampai ke hari ini...semoga ikatan yang terbina ini akan diberkati olehNya dan akan berkekalan kebahagiaan buat selama-lamanya.
GAMBAR KENANGAN PASUKAN PALAPES UUM(UDARA)
Kenangan bersama rakan seperjuangan yang sama-sama menyertai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) semasa menuntut di Uni Utara Malaysia dari 1997-2000.
Segala kenangan ini adalah satu aset yang berharga dalam membentuk disiplin diri dan menguji sejauhmanakah kesabaran seseorang dalam mengharungi liku-liku hidup..
Alhamdulillah, melalui PALAPES banyak yang dapat dipelajari bukan sahaja ketahanan mental tapi dalam segala aspek kehidupan..semoga PALAPES terus maju walaupun RODku sudah tamat bertahun yang lalu....
Selamat berjuang buat kawan-kawan yang meneruskan perjuangan dalam TENTERA yang sebenar bukan hanya ASKAR KO-K...
Thursday, January 20, 2011
Salam sejahtera...
Salam hormat dan salam 1 Malaysia buat semua..
Sesi percubaan yang seterusnya dan harapnya kali ini lebih berjaya.
Cuba dan terus mencuba....Semoga Berjaya.
3 permata hati-pengarang jantung....hehe boleh meletup rumah seharian melayan kerenah mereka semua....huhu mau tak riuh macam2 idea mereka ni...bikin bapaknya naik hangin saja...
bayangkanlah kalau tanpa mereka...huhu mestilah sunyi sepi alam ni....inilah yang membuatkan hari2 kami berlalu dengan pantas...
Amira dah darjah 2 sekarang...huhu cepat sungguh masa berlalu..dah besor rupanya anak dara sorang ni....Belajar rajin2 ya kakak..semoga BERJAYA!!!
Ultraman 1:aqil hazmi...dah 5 tahun tapi bab sekolah ni malas la sket tapi kalau bab Ultraman perghhh....semua tau...siap nak pergi tadika Ultraman lagi....boleh fenin dibuatnya...
Ultraman 2:aniq nazmi...lagi 3 bulan masuk 2 tahun tapi cam belangkas...lompat sana sini...silap2 haribulan jatuh....nangis....hahaha asam garam kehidupan....aktif semacam...pantang terlepas..kalau tak betul2 kawal haru gak jadinya....
Semoga mereka semua cepat membesar dalam suasana yang kondusif.....
wassalam.....
Subscribe to:
Posts (Atom)